On your speaker if you want to listen :DD

Sunday, October 25, 2009

Moral... Moral... MORAL..

2moro test Moral.. and i didnt study 1 bit.. stick to computer.. haihz..




and 2moro Moral got test definisi gok.. Didnt study, CHAM..





So since im stuck wif my computer i study here larh..




WARNING: the below post are all Moral Definisi for Secondary School, Malaysia. dun read if u think they are boring!! TQ.. x]

Moral Definisi:

Perkembangan Diri:-

Kepercayaan kepada Tuhan:
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya berlandaskan agama masing-masing selaras dengan Prinsip Rukun Negara.

Amanah:
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain.

Harga Diri:
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memuliakan dan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Bertanggungjawab:
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna.

Hemah Tinggi:
Beradab sopan dan berbudi pekerti dalam pergaulan seharian.

Toleransi:
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup.

Berdikari:
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Kerajinan:
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat kegigihan, ketekunan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara.

Kasih Sayang:
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas.

Keadilan:
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah.

Rasional:
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar.

Keserdehanaan:
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.



Kekeluargaan:-


Kasih Sayang Terhadap Keluarga:
Perasaan cinta, kasih sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga.

Hormat dan Taat kepada Anggota Keluarga:
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmoni.

Mengekalkan Tradisi Keluarga:
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga.

Tanggungjawab Terhadap Keluarga:
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga.




Alam Sekitar:-

Menyayangi dan Menghargai Alam Sekitar:
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem.

Keharmonian anatara Manusia dengan Alam Sekitar:
Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmoni antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara.

Kemapanan Alam Sekitar:
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup.

Peka Terhadap Isu-isu Alam Sekitar:
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya secara bersama.


Patriotisme:-

Cinta akan Negara:
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri.

Taat Setia kepada Raja dan Negara:
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara.

Sanggup Berkorban untuk Negara:
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian kepada negara.



Hak Asasi Manusia:-

Melindungi hak Kanak-kanak
Membela, member naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna.

Menghormati Hak Wanita
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dan pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Melindungi Hak Pekerja:
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara.

Menghormati Hak Golongan Kurang Upaya
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang berupaya supaya mereka tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan cipta Tuhan.

Melindungi Hak Pengguna
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi.



Demokrasi:-

Mematuhi Peraturan dan Undang-undang:
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada.

Kebebsasan Bersuara
Kebebasan bersuara dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman.

Kebebasan Beragama
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Penglibatan diri dalam Pekembangan Negara:
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia.

Sikap Keterbukaan:
Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia.


Keamanan dan Keharmonian:-

Hidup Bersama Secara Aman:
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

Saling membantu dan Berkerjasama
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat.

Saling Menghormati Antara Negara
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk kesejahteraan sejagat.

0 comments:

 

Free CursorsMyspace LayoutsMyspace Comments